Friday, April 1, 2011

QS?? apa tue?? inilah BIDANG SY :)

Apa itu Quantity Surveyor?


Maksud Quantity Surveyor (QS) di dalam bahasa melayu adalah Jurukur Bahan. Ianya juga boleh dipanggil sebagai ‘Contract Executive’ ataupun ‘Cost Engineer’.


QS adalah kerjaya professional yang bekerja di dalam industri pembinaan dimana ia berperanan membantu mengira anggaran kuantiti dan kos-kos didalam sesebuah pembinaan. Biasanya profesion QS pada masa kini memerlukan pendidikan sehingga ijazah kerana skop kerja dan fahaman didalam bidang ini terlalu luas dan mesti memahami sepenuhnya tentang dunia pembinaan.


Walaupun semua QS mempunyai tahap pembelajaran dan latihan yang sama, terdapat banyak pengkhususan bidang didalam kerjaya QS. Antara pengkhususan bidang yang utama adalah:-


1) Mereka yang bekerja di firma perunding bagi pihak klient (Consultant's QS)

2) Mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat kontraktor (Contractor's QS)


Consultant Quantity Surveyor


Fungsi utama QS yang bekerja di dalam firma perunding adalah bertanggungjawab dalam perancangan kos, kajian kemungkinan, menganalisa faedah kos, anggaran perbelanjaan dan penilaian satu-satu projek pembinaan bagi pihak klient. QS juga akan mengeluarkan buku kontrak bagi pihak klient kepada kontraktor untuk sesebuah projek.


Pengukuran yang tepat dan terperinci diperlukan bagi membuat kos kawalan harga pada satu-satu pembinaan. Mereka mestilah pakar dalam harga pembinaan masa kini seperti harga pekerja, harga bahan, harga jentera dan benar-benar memahami kaedah pembinaan pada peringkat awal untuk memperolehi nilai kos projek berkenaan.


Mereka juga bertanggungjawab dalam membuat anggaran kuantiti daripada lukisan teknikal yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek. Mereka harus menyediakan dokumen-dokumen kontrak dan lazimnya mereka harus menyedikan bil-bil kuantiti yang diselaraskan mengikutStandard Method of Measurement (SMM) yang dipersetujui oleh badan-badan profesional QS dan wakil-wakil dari industri pembinaan. Kebanyakan firma perunding QS mempunyai kaedah pengiraan dan bil-bil sendiri dalam menyediakan dokumen kontrak selaras dengan piawaian SMM.


QS yang berpengalaman mempunyi kemahiran dalam meminimakan kos tambahan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada klient supaya dapat mengikut budget mereka.

No comments:

Post a Comment